|
|
| Thursday, 7-Aug-2008 09:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BARCELONA - DAY 2
|
|
Pagi ni bangun segar bugar. Masign-masing bersemangat nak round barcelona dan yg paling penting nak rebut peluang dok kat ataih. Pagi je lah bleh buat mcm tu, mat saleh lainlah. Sanggup berjemur kat ataih. Heran haku!! Ari ni kami melalui blue route. Kami kena habiskan jugak program jalan-jalan ari nie. Esok dah nak balik, rugilah. Bukan senang nak datang lagi. Point of interest ari ni adalah Olympic stadium. Pagi ni kami meronda di sekitar hotel kami menginap. Banyak tempat-tempat yang cantik (bangunan-bangunan lama). Semasa di berenti di ..., kami merewang-rewang cari air mineral. Dahaga dan lapaq. Masa tgh merewang tu terjumpa satu restoran pakistan, kami pekena nasi beriani. Huhhh makan macam orang tak penah jumpa nasi setahun..
tbc ...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 6-Aug-2008 08:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FC BARCELONA
|
|
Haaaaaaa...ini lah tempat yang sekian lama diidam-idamkan bagi seorang peminat fanatik bola sepak. Ini merupakan hadiah buat asben tersayang. Dah lama sangat dia berhajat nak melawat stadium kelab-kelab i.e Barcelona, AC Milan, Manchester, Liverpool. Mulanya kami tak nak masuk sebab kena bayar sorang euro17. Pastu bila difikir-fikirkan ini mungkin pertama dan terakhir kami menjejakkan kaki ke sini, so kami masuk ja lah. Sebelum kami dibenarkan masuk ke stadium, kami kena melalui virtual tour. Alah pakai cermin mata 3D tu. Along suka sungguh bila dia nampak bola tu teruih ke muka dia. Orang punya ramai bapak. Panas plak tu. Badan pun letih. Oleh kerana semangat juang yang tinggi nak menjelajah ke FC Barcelona, haa jalan jugaklah. Masa aku tgh upload gambar-gambar ni baru aku realize something, gambar kami x banyak sgt. Huhhhhh!!! Kat changing room pun tak der..hampehhhh! Mungkin sebab orang dah terlampau ramai..tak der tempat langsung nak mencelah. Gerammmmmm. Apa pun pengalaman menjelajah seluruh Camp Nou Stadium satu pengalaman yang tak dapat dilupakan seumur hidup.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 5-Aug-2008 18:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BARCELONA
|
|
01/08/08 kami sekeluarga melancong ke barcelona dengan menaiki swiss air. Memang berbaloilah, cuma CHF99 return. Tiket ni dah lama aku booking since bulan Febuary. Tiket yang murah ni kena booking awal. Flight kami pukul 7.05 pagi dan sampai di Barcelona pukul 8.45. Masa nak collect luggage, banyak kali aku cari sign GENEVA. Rupanya kat spain ni dipanggil GINEBRA. Dari airport, kami menggunakan Aerobus untuk ke Placa Catalunya. Cuma sorang Euro4.05. Aku malas nak gunakan teksi sebab mahal. Dari airport ke Placa Catalunya lebih kurang 30 minit. Hotel yang kami tempah terletak di La Rambla. Kena menapaklah ke sana, x jauh cuma 10 minit berjalan kaki.
Kami check in pukul 10.30 pagi. Masuk bilik hotel, pastu bagi anak-anak mandi. Along komplen katanya air tu tak sedap. Aku ingatkan dia main-main rupanya betul lah. Diaorang gunakan air laut. Patutlah rasanya lain macam..masin semacam.Lepas dah mandi dan makan serba sedikit, bermulalah pengembaraan kami ke Barcelona. Kami menggunakan turistic bus hop on hop off yang berharga Euro26 seorang untuk 2 hari. Memang berbaloi seperti kamdar!!!!
Untuk hari pertama kami menggunakan Ruta Vermella/Ruta Roja or red route yang melalui sagrada familia, Gracia, Park Guell, Tramvia Blau, FC Barcelona, etc.
Kami tak banyak singgah sgt sebab hati ni berbunga-bunga nak ke FC Barcelona Entry seterusnya mengenai tour kami ke Camp Nou Stadium.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Aug-2008 17:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SWISS VAPEUR PARC - PART II
|
|
As promised, swiss vapeur parc part II. Tempat ni memang sesuwei untuk budak-budak dan jugak mak budak. Happy sesangat!! Malang sekali ari tu cuaca tak berapa nak mengizinkan, hujan renyai-renyai. 4-5 kali jugak fikir nak masuk situ. Kang tiba-tiba hujan lebat, rugi plak. Tunggu punya tunggu dan isi perut, kami masuk gak. Tgk kat papan tu kalo masuk secara berkumpulan (lebih dr 10 orang) lebih murah. Jadi aku buatlah muka seposen tanya satu family ni samaada dia nak join kami beli tiket sekali. Dia setuju..yeeeeehaaa...dpt jimat sorang CHF3. CHF3 ni besar bagi aku yang bergaji kecik....hehehehe...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Jul-2008 09:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SEDIH
|
|
SEDIHHHHHHHHHHH...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Jul-2008 19:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SWISS VAPEUR PARC
|
|
story will come later..enjoy the pictures!!!!!
| Quote: | | At the mouth of the Rhone river, next to the lake harbour of Le Bouveret lies the Swiss Vapeur Parc, one of Europe's most magnificent miniature railway layouts. Amid a lovely 17000 sq. m park dozens of steam locomotives invite you to take a dream journey into the fascinating kingdom of railways.http://www.swissvapeur.ch/index_e.htm |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Jul-2008 13:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
laisse le jeu avec de l'eau (lets play with water)
|
|
benda ni aku beli kat migros..pilih paling murah tau!! hehehe...dah lama sangat along minta belikan. Jadi sabtu yang indah dan permai, dapatlah benda yang dia hajati selama ini. Balik umah x menyempat-menyempat nak main. Kami (haku dan zaiful) punyalah penat mengangkut air. Adik sampai terketar-ketar sebab sejuk tapi tu lah..dah namanya budak-budak. Mana dia reti apa orang cakap. Bila angkat ja dia dalam kolam tu, teruih menangis macam sakit-sakit. Ya lah musim panas macam ni je lah 2 beradik ni dapat main kat luar..sian!! Nanti haku masukkan video ye..!!!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Jul-2008 18:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fete de ecole - 27 June 2008
|
|
Fete de ecole merupakan acara tahunan sebelum bermulanya cuti musim panas. Perarakan bermula dari Saint-Cecile hinggalah ke Meyrin Village. Aku memang teruja sangat nak menengok along berarak ari tu. Ramai penonton sepanjang jalan. Aku berlari-lari anak mengikut along hingga ke "Espace Enfant"(destinasi akhir). Sebabnya kalu anak kita x dijemput selepas 6.45 petang akan dihantar ke tempat Lost & Found. Lagi jenuh kan..dah ler nak cakap french pun aku x reti sepatah haram. Masa pegi jemput along kat situ, aku rasa sayu plak. Nanti tak jumpa lagilah madam rebecca & mdm jeanne. 2 orang cikgu ni baik sesangat. Madam rebecca tu lagilah. Dia sorang ja mau cakap omputeh ngan haku. Cikgu lain mana mau layan..huhuhu. Merci beaurcorp madam. (yang ni je lah aku reti)
*maaf kualiti gambar x elok..bateri dah nyawa-nyawa ikan
|
|
|
|
|
|
| Monday, 23-Jun-2008 20:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
EURO08
|
|
Sorakan Emosi EURO08!!! Aku punya lah excited giler nak tengok betapa meriahnya sambutan EURO kat sini. Tambahan plak team yang aku minat PORTUGAL beraksi di Bachet Stade, Geneve..hehehe (tapi sayang sekali tak leh masuk semi final)..huhuhu! Walaupun tak dapat bersua muka ngan adik ronaldo tapi dapat dok segeneva ngan dia pun dah ok.!!! Kami pegi ke Fan Zone Geneve yang terletak di Plainpalais. Fuhhhh bapak punya ramai orang!! Tapi aku suka. Amat malang sekali kami x leh masuk Fan Zone tersebut. Sebabnya kami x leh bawak botol minuman, air tin, payung (aku bawak 4 tin coke sebagai bekalan). Dah ler ari tu hujan renyai-renyai, x bagi bawak payung plak dia. Hampeh!! Jadi kami merewang-rewang kat luar je lah.
Lepas dah jemu kat situ, kami naik tram ke Bachet Stade, Geneve. Adik ronaldo ada kat situ..hehehe. Bila dah sampai kat bachet stesen ada lagi peristiwa hampeh yang berlaku. X leh langsung dekat ngan stadium. 2 km dari stadium dah ada kawalan ketat. Hanya yang ada tiket sahaja dibenarkan pegi ke stadium. Aku bayangkan bleh buat sesi fotografi mcm kat stadium bukit jalil. Kalo x dpt masuk dlm stadium, amik gambar pintu stadium pun ok jugaklah. (x leh ler kasi korang jeles)
Skrang ni aku dah beralih arah..aku sokong German!!!
p.s: - Catatan yang berlaku dalam fotopages ini adalah lahir dari hati aku..kalu ada orang terasa hati, termakan hati, bengkek, menyampah atau yang sewaktu dengannya, aku minta maaf!!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-May-2008 12:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Geneve Lac
|
|
|
|
|
|